Harga RON95, RON97 kekal tiga bulan berturut-turut

Menurut para peniaga petrol, RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 masih RM2.05 seliter bagi bulan Jun.

Harga runcit diesel juga tidak berubah, pada RM1.55 seliter. Harga tidak berubah sejak April.

Harga minyak mentah Brent adalah serendah AS$36 setong pada Mac tetapi secara beransur-ansur meningkat sehingga kira-kira AS$ 48 pada bulan April, menyebabkan jangkaan kenaikan pada bulan Mei.

Sejak itu, harga minyak mentah Brent kekal pada AS$40 setong dan berlegar lebih daripada AS$49 setong pada minggu lepas.

Ringgit juga lemah dengan ketara pada bulan Mei iaitu RM4.12 kepada Dollar, berbanding RM3.93 pada akhir April.

Di sebalik trend ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak. Kerajaan menentukan harga bahan api melalui apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Ini bukan kali pertama harga minyak tidak berubah walaupun terdapat peningkatan harga minyak mentah dunia dan ringgit yang lemah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia