Harga minyak tidak berubah bagi Mei

Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter.

“Harga runcit bagi diesel dijual pada RM1.55 seliter,” katanya kepada Bernama, di sini pada Sabitu.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 pada April masing-masing naik 10 sen sementara harga runcit diesel naik 20 sen berbanding harga pada Mac iaitu RM1.60 seliter bagi RON95, RM1.95 bagi RON97 manakala diesel dijual RM1.35 seliter. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia