Kenaikan itu berlaku selepas harga jatuh empat peratus pada Jumaat di tengah-tengah tanda-tanda Arab Saudi dan Iran tidak menunjukkan banyak kemajuan dalam mencapai persetujuan awal bagi membekukan tahap pengeluaran.
Negara anggota OPEC akan bermesyuarat pada acara sampingan di International Energy Forum di Algeria mulai hari ini hingga 28 September.
“Kami tidak akan keluar daripada mesyuarat dengan tangan kosong,” kata Menteri Tenaga Algeria Noureddine Bouterfa di Algiers Ahad lalu. Penanda aras global dagangan hadapan minyak mentah Brent menokok 42 sen kepada AS$46.31 selepas ditutup pada AS$1.76, atau naik 3.7 peratus pada penutup sebelumnya.
Penanda aras itu naik 0.3 peratus minggu lalu. West Texas Intermediate (WTI) pula menokok 42 sen kepada AS$44.90 satu tong pada 0914 GMT selepas jatuh AS$1.84, atau empat peratus, pada sesi sebelumnya.
Ia menokok tiga peratus minggu lalu. – Reuters