Harga minyak masak botol bersubsidi diputuskan tidak lama lag

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kajian sedang dibuat untuk melihat sama ada pengguna bersedia menerima harga yang bakal ditetapkan bagi minyak masak botol seberat satu liter.

“Maka, saya akan buat pengumuman kepada orang ramai sebaik sahaja semua kajian dalam menentukan mekanisme terbaik untuk menetapkan harganya selesai dijalankan,” kata beliau selepas acara larian amal Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) 2016 anjuran bersama MRCA dan kementerian itu di Subang Jaya, dekat Petaling Jaya pada Ahad.

Sebelum ini, Hamzah mengumumkan minyak masak botol satu liter akan diperkenalkan dalam masa terdekat untuk menambah jenis dan pilihan bagi minyak masak bersubsidi yang kini dijual dalam paket plastik 1 kilogram (kg).

Bagaimanapun, harga minyak masak botol 1kg akan lebih tinggi sedikit memandangkan kos pembungkusan bagi minyak masak dalam paket plastik tidak lebih daripada 10 sen, tetapi kos pembungkusan bagi minyak masak botol ialah lebih 40 sen seunit. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia