Haramkan operasi parti kiasu di Sarawak, kata Ridhuan Tee

Ridhuan berkata, ini kerana, parti berkenaan juga turut menghasut rakyat Sarawak untuk berkempen keluar dari Malaysia.

“Jika Umno tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, atas sebab-sebab tertentu, sudah sampai masanya juga parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di sana diharamkan operasinya.

“Kadangkala saya berasa pelik, Umno tidak dibenarkan ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu dibenarkan. Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang menghasut rakyat Sarawak untuk keluar dari Malaysia, sedangkan Umno begitu aman di Sabah,” katanya, memetik tulisannya di laman Sinar Online, pada Isnin.

Beliau turut berkata, hasutan ultra kiasu itu juga mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura.

“Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua? Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang Tambak,” katanya.

Malah, beliau turut berharap agar kerajaan tidak terlalu bersangka baik terhadap ultra kiasu.

Ridhuan berkata, dirinya tidak menentang orang bukan Islam yang baik-baik.

Beliau juga turut mengharapkan agar pengundi di Sarawak memberi peluang kepada PAS yang turut bertanding dalam PRN tersebut.

“Kepada pengundi Sarawak, yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan negara Islam.

“Inilah mungkin yang cuba dibawa dan ditonjolkan oleh Adenan Satem dan PAS yang mula menapak di sana. Berilah peluang kepada mereka.

“Akhir sekali, saya sama sekali tidak terjejas sedikit pun dengan tidak dapat ke Sarawak mahu pun ke Singapura. Walaupun badan saya tidak berada di sana, tetapi idea saya tetap mengalir dalam dunia tanpa sempadan. Harapan saya mereka yang menang nanti dapat bertindak seperti negarawan, bukan perkauman,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri