Hanya sekali lafaz, Aliff Aziz sah jadi suami Bella Aztilla

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Awang Astillah dalam sebuah majlis pernikahan di Plaza Jelutung, Shah Alam.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM333 kepada Dayang Nabella atau lebih dikenali sebagai Bella Astilla.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Terdahulu, pasangan ini turut mengadakan malam berinai pada malam Khamis di Lavender Garden Hall AJ Bling Star di Ampang.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 Disember 2015 di Cystal Hall, Plaza Jelutong.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Top Glove Tower, Shah Alam dekat sini bermula pukul 8.30 malam, memetik mStar Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran