Hanya PKR dibenarkan berentap di Kelantan

Mohd Amar berkata, jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

“Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang).

(Jadi) jangan kacaulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di Kota Bharu, pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.

“Kami setakat ini boleh tidur lena lagi,” katanya. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri