Hanya Melayu terima MCA, kata Ridhuan Tee

Ridhuan berkata, hanya masyarakat Melayu sahaja yang mengundi parti komponen BN ini walhal parti-parti itu bukanlah sekuat yang digambarkan dari aspek sokongannya.

“MCA boleh ambil kesemua kerusi di kawasan majoriti Cina. Tetapi jangan kacau kawasan majoriti Melayu. Setakat ini hanya Melayu sahaja terima MCA, Cina sudah lama tolak. Jangan perasan kuat.

“Saya menulis sebegini seolah-olah saya tali barut atau dibayar UMNO. Tidak. Tetapi sebagai rakyat marhaen dan penganalisis politik, saya mesti berkata benar, walau pahit,” katanya, memetik ruangan kolumnya di Sinar Harian.

Tindakan itu juga katanya berpunca daripada sikap UMNO yang gagal mentarbiah MCA.

“Lihat pula, MCA belum apa-apa lagi sudah memuktamadkan calonnya bagi PRU14. MCA mendesak UMNO memulangkan semula tiga kerusi Parlimen milik mereka yang ‘dipinjamkan’ kepada Umno iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. Sejak bila pula kerusi ini menjadi milik bapak MCA?

“Apakah MCA mampu untuk merampas kerusi Kuantan (60% Melayu) daripada PKR. Calon MCA kalah dalam PRU12. Pemimpin MCA berkata, majoriti yang mereka menangi lebih tinggi daripada UMNO. Masalahnya MCA tidak mengundi UMNO ketika UMO bertanding. Sebaliknya, undi UMNO solid kepada MCA. Siapa tipu siapa? Perkara yang sama berlaku di Gelang Patah.

“Ini akibatnya apabila UMNO gagal untuk mentarbiah MCA supaya tahu dek untung. Terbaharu, MCA minta tambah kerusi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata parti komponen seharusnya sedar kerusi-kerusi yang diserahkan kepada mereka yang menjadi kerusi tetap mereka adalah daripada kerusi majoriti Cina.

“Apakah MCA tidak sedar bahawa kerusi mereka yang di kawasan majoriti Melayu selama ini semuanya dipinjamkan? Kerusi tetap MCA, termasuk Gerakan dan MIC adalah di kawasan majoriti Cina.

Bila masa pula kerusi majoriti Melayu mahu dikembalikan. Misalnya, Ayer Hitam, Alor Setar, Kapar, Alor Gajah, Simpang Renggam, Lumut, Tanjung Malim, Tebrau dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Sekiranya parti komponen itu merasakan mereka mempunyai sokongan padu, mereka seharusnya betanding di kawasan etnik masing-masing yang kini dimiliki DAP, katanya.

“Jika MCA sudah bersedia, lawanlah ultra kiasu di Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Seputeh, Kepong, Bukit Bintang, Cheras dan kawasan bandar. Biarlah UMNO bergasak dengan PAS kawasan majoriti Melayu.

“Jika MCA kacau, sudah tentu undi akan pergi kepada pembangkang. MCA, MIC dan Gerakan tidak perlu bimbang, jika kalah, jawatan senator, kemudian dilantik sebagai menteri dan timbalan pasti menanti,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri