Hanya Ashley Young mungkin tinggalkan United, bukan Rooney – Mourinho

Mourinho telah memberi tindak balas kepada spekulasi berhubung masa depan Rooney di United dengan mengumumkan bahawa Ashley Young mungkin meninggalkan Old Trafford sebelum tarikh akhir perpindahan, Selasa.

Rooney, selaku kapten dan penjaring gol terbanyak kelab menjadi bintang terbaharu yang dikaitkan dengan perpindahan bernilai tinggi ke Liga Super China sepanjang hujung minggu ini.

Apabila ditanya mengenai situasi Rooney selepas kemenangan 4-0 United dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA ke atas Wigan Athletic, awal pagi Isnin, Mourinho menyatakan satu-satunya pemain dalam skuadnya yang masa depannya masih di awang-awangan adalah Young.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai United dari Aston Villa lima setengah tahun lalu.

Mourinho menegaskan hasratnya untuk mengekalkan pemain itu, tetapi menjelaskan dia tidak menyenaraikan Young dalam skuad pada perlawanan menentang Wigan untuk mengelakkan dirinya terikat dengan Piala FA, dengan mencadangkan minat dari kelab-kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris.

“Satu-satunya pemain yang saya sedar kemungkinan dirinya untuk meninggalkan kelab dan saya menunggu sehingga 31 (tarikh) ini untuk mengetahui apa yang sedang berlaku adalah Ashley Young,” katanya.

“Saya suka untuk mengekalkannya, tetapi dia mungkin pergi, sebab itu saya tidak menurunkannya.”

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2