12
Memetik posting laman Facebook Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa sedang dirawat di unit rawatan rapi neurologi Hospital Kuala Lumpur selepas difahamkan mengalami pendarahan otak.
Beliau dikejarkan ke hospital petang semalam selepas rakan-rakan ahli Parlimen menyedari beliau tidak bergerak dari tempat duduknya di Parlimen semasa rehat.
Pegawai Parlimen memaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu muntah-muntah dan tekanan darahnya melonjak tinggi 250/110.
Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau.