Hak politik kaum India akan hilang, Tan Sri Kumaran

“Jika ia berlaku, maka prinsip perpaduan yang diamalkan dalam kemerdekaan negara seperti ‘terbang’.

“Walaupun, sesuatu kaum itu kecil di sesebuah negara, tetapi apabila ia tidak berpeluang untuk bertanding dalam pilihan raya, ia menyebabkan kaum itu tersisih.

“Kita berjuang untuk kemerdekaan dan pembangunan negara, kaum India di negara ini kurang dan ia menyebabkan dua kaum besar di negara ini mula ‘mengangkat kepala’,” katanya.

Beliau berkata, jika benar keputusan SPR dalam isu ini, hak masyarakat India dalam politik pasti akan terjejas.

“Sebelum ini, dalam pilihanraya kita bangga dengan mengatakan kawasan-kawasan ini adalah kawasan kemenangan untuk kaum India, tetapi dengan perubahan baru ini, tidak akan ada kebanggan sedemikian,” tambahnya.

Katanya, perkara berkenaan perlu diteliti secara mendalam dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk MIC dan pihak-pihak tertentu, kerana ianya melibatkan hal kaum. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal