Hajjar terkejut, bangga Nasi Lemak Anak Dara dapat perhatian PM

Pengusaha Nasi Lemak Anak Dara terkejut apabila nama bisnesnya itu turut disebut ketika Perdana Menteri, Najib Razak membentangkan bajet 2017 di parlimen pada Jumaat.

Dalam pembentangan bajet itu, Najib menyifatkan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ sebagai salah satu contoh bisnes yang bagus.

Gadis berusia 24 tahun itu berkata, dia memulakan bisnes itu untuk membantu ibunya dan tidak pernah terfikir usahanya selama ini mampu menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi Perdana Menteri sendiri.

Gadis tersebut, Siti Hajjar Ahmad berkata dia tergamam setelah mengetahui Perdana Menteri menyebut nama ‘Nasi Lemak Anak Dara’ semasa pembentangan bajet tersebut.

Katanya, dia berasa gembira dan dalam masa yang sama berasa bangga.

“Kawan-kawan banyak membantu. Merekalah orang pertama yang memberikan saya pinjama RM500 untuk mula berniaga, yang mana saya gunakan untuk mmbeli barangan memasak dan juga meja serta kerusi untuk gerai saya.”, kata Siti Hajjar.

“Bagi resepi pula, saya bersyukur ibu saya sanggup berkongsi rahsianya dalam menghasilkan nasi lemak yang sedap”, katanya sebagaimana lapor NST.

Selain itu, Siti Hajjar juga berkata graduan baru tidak perlu berasa takut untuk menceburi bidang perniagaan dan bukannya sekadar menunggu untuk mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang yang perlahan.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah