Menurut Hafiz, dia juga akan membuat satu sidang akhbar dengan menjemput rakan-rakan media bagi menjelaskan pelbagai persoalan, termasuk status dirinya yang dikatakan sudah mempunyai isteri.
“Esok (hari ini) saya akan beri jawapan seperti yang dijanjikan kepada rakan-rakan media yang lain. Seperti yang saya janjikan dengan pihak media lain, saya perlu beberapa hari untuk keluarkan kenyataan atau membuat sidang media.
“Terima kasih kerana memahami,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, memetik laporan Utusan Malaysia.
Terdahulu, Fara atau lebih dikenali sebagai Fara Fauzana bertinadak membatalkan majlis pernikahannya yang sepatutnya berlangsung 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya, meskipun telah mengedarkan kad jemputan kahwin.
Fara, 36, berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil atas sebab terlalu peribadi dan menyifatkan tindakan itu sebagai perkara yang sukar serta terbaik buat dirinya.