Hadiah seekor lembu buat pelajar dapat 6A UPSR

Tawaran itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan negeri.

Nawi membuat tawaran itu pada majlis perjumpaan dengan guru dan kesemua 454 calon UPSR kawasan Hulu Besut di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini hari ini, yang akan menduduki UPSR bermula 5 hingga 8 September ini.

Beliau berkata, pelajar cemerlang juga bakal memperoleh insentif berupa wang tunai namun tidak menyatakan jumlahnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peralatan peperiksaan kepada setiap calon daripada kesemua sembilan buah sekolah rendah berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia