Hadiah Deepavali, lima keluarga India terima geran tanah sebelum perayaan

Pegawai Daerah Manjong, Muhammad Bakri Muhammad Hanif berkata geran tanah berkenaan akan diberikan kepada J.Krishna, 73, K.Kalaiselvi, 40, Ahmad Subramaniam Bin Abdullah, 69, K.Muniandy, 57 dan S.Cinnasamy berusia 77 tahun, yang menetap di kawasan itu sejak 21 tahun lepas.

“Kita meluluskan geran selepas meneliti permohonan mereka.

“Ada lagi beberapa perkara asas yang perlu diuruskan dan geran akan diberi kepada mereka sebelum Deepavali,” katanya sambil menambah tanah itu meliputi seluas 1.5 hektar.

Makkal Osai yang memetik Muhammad Bakri sebagai berkata, bekas presiden MIC cawangan Beruas A.Mariappan juga turut bekerjasama dalam perkara ini. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal