Hadi minta Jeff belajar lagi soal Islam, Mat Sabu elak komen

Hadi menyelar tindakan wakil rakyat DAP itu yang mempersendakan pemergian rakan seperjuangannya dan meminta Jeff untuk mendalami lebih lagi berkaitan Islam.

“Dia kena belajar lagi tentang Islam. Islam ini dalam perkara kebaikan kita terbuka. Kita sedia terima perkara dari seluruh dunia seperti dari negara China dan lain-lain.

“Nabi suruh belajar ilmu termasuk ilmu perubatan tidak kira di mana sahaja,” katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana ‘Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355’ di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bahru malam Sabtu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, pihaknya akan mengkaji perkara itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya wujud unsur fitnah.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau Mat Sabu ketika ditemui dalam majlis berasingan di Salor, Kelantan malam tadi pula mengelak untuk memberi komen berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong itu.

“Saya tidak baca (twit), saya kena semak betul atau tidak betul (twit) itu daripada beliau (Jeff), selalunya saya sendiri pun terkena (fitnah),” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri