Hadi elak ulas laporan Sarawak Report

Beliau memberikan alasan baru kembali dari luar negara dan tidak sempat untuk membaca mengenai laporan tersebut.

“Saya baru balik… tak baca lagi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada Selasa.

Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, baru pulang setelah berada hampir dua minggu di luar negara atas urusan kesatuan Islam tertinggi dunia.

Beliau yang terus terusan didesak untuk mengulas berhubunag perkara berkenaan bertegas dengan komen tersebut dan dalam masa yang sama menyerahkan kepada Pas Pusat mengambil tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya baru balik… tak baca lagi… saya baru balik… serah kepada Pas Pusat,” tambahnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pergolakan politik membabitkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, beliau turut memberikan maklum balas sama iaitu belum mengetahui secara jelas mengenai perkara berkenaan kerana baru pulang dari luar negara. –Sinar Harian Online

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri