Guan Eng tidak ikhlas mahu bina jambatan ketiga

Pengarah Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika di Pulau Pinang permohonan untuk membesarkan rumah atau menyewa gerai dari kerajaan negeri juga memerlukan dokumen sokongan.

“Apatah lagi jika projek ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan anggaran bernilai jutaan ringgit.

“Ia sudah pasti akan memberi implikasi besar terhadap aliran trafik di keseluruhan sistem lebuh raya kita dan pelan pembangunan jangka panjang untuk kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

Rahman berkata, tidak ada kerajaan di dunia ini yang akan meluluskan permohonan projek dengan hanya bersandarkan sepucuk surat tanpa dokumen sokongan, kajian yang mendalam dan perbincangan yang khusus.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga.

Bagaimanapun, Fadillah berkata permohonan bagi jambatan ketiga Pulau Pinang itu akan dinilai berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat, sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan.

Semalam, Guan Eng merayu kerajaan persekutuan meluluskan permohonan negeri itu untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar walaupun surat permohonan kelulusan belum dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya.

Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu selepas kelulusan diberikan kerajaan persekutuan.

Setiausaha agung DAP itu pernah memberi alasan, kerajaan Pulau Pinang akan terpaksa membina terowong bawah laut kononnya kerana kerajaan persekutuan menolak permohonan untuk membina jambatan ketiga di negeri berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia