Guan Eng tahu nilai sebenar banglo

Perkara itu didedahkan DAP Pulau Pinang yang menegaskan banglo milik Ketua Menteri itu dibeli pada harga RM2.8 juta walaupun maklum mengenai nilai pasaran semasa hartanah berkenaan.

Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Wei Aik, pada sidang media di Pulau Pinang, pagi tadi berkata, transaksi pembelian banglo milik Guan Eng itu dilakukan mengikut harga ditetapkan kedua-dua pihak, sejak awal 2012.

“Beliau (Guan Eng) memang tahu mengenai nilai pasaran semasa banglo berkenaan menerusi penilaian hartanah dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Bagaimanapun, beliau tetap membeli banglo berkenaan pada harga RM2.8 juta selepas kedua-dua pihak setuju mengenainya,” katanya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian banglo bernombor 25 di Jalan Pinhorn di sini, yang didakwa dibeli pada harga rendah berbanding pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang Li Koon, seorang pemegang saham dalam syarikat Windbond Management & Consultant Sdn Bhd dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia