Guan Eng pun bukan orang P. Pinang – Abdul Hadi

Mengambil contoh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan juga rakyat tempatan tetapi bertanding di kerusi DUN dan Parlimen serta menerajui kerajaan negeri itu.

Susulan daripada itu kata Abdul Hadi, isu ini bukanlah satu masalah yang besar kerana parti-parti lain juga pernah berbuat sedemikian.

“Lim Guan Eng pun bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Itu (calon tempatan atau tidak) bukan masalah,” tambah Hadi.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan Dr. Rani yang merupakan ADUN Meru sebagai calon PAS di Markaz PAS Simpang Lima di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Barisan Nasional juga turut mempertaruhkan calon yang juga merupakan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pada masa yang sama.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang