Guan Eng perlu berhenti sebar propaganda Malaysia negara korup

Menurut Teck Meng, dakwaan Guan Eng itu tidak berasas memandangkan laporan Indeks Persepsi Rasuah 2015 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-54 paling bersih daripada 168 negara.

“Walaupun TI tidak pernah memuji Pulau Pinang namun ia gagal menghentikan DAP daripada terus mengulangi kritikan ini sepanjang tujuh tahun lalu.

“Malah, sejak tahun 2013, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dijadikan mangsa kritikan daripada DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menambah bahawa Pulau Pinang di bawah kepimpinan Guan Eng selaku Ketua Menteri gagal mengekalkan kadar pertumubuhan per kapita yang baik berbanding pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Teck Meng mendakwa, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dinafikan antaranya Pulau Pinang mencatatkan kadar pertumbuhan per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang terendah selain perbelanjaan tahunan kerajaan negeri meningkat hampir empat kali ganda sejak tahun 2008.

“Kedudukan negeri itu menjunam daripada tempat pertama bagi pelaburan sejak tahun 2011 ke tangga keenam pada 2012 dan tempat kelima pada tahun lalu. Ini antara fakta-fakta yang tidak dapat dinafikan.

“Gerakan harap DAP dan Guan Eng tidak akan memusnahkan segala hasil usaha selama beberapa dekad lalu yang dilakukan oleh Gerakan dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang walaupun DAP terus menafikan realiti dengan melakukan propaganda termasuk mengelirukan untuk menyembunyi keadaan sebenar yang mana kebanyakan rakyat di Pulau Pinang kini merasainya,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri