“Kami nak tahu mengapa ada dwi-standard? Kami dihentam bila cadangkan pilihan raya diadakan di Pulau Pinang, tapi tiada masalah pula bila (BN) yang mahu perkara sama,” katanya.
Sebelum ini, The Star melaporkan sumber sebagai berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membenarkan cadangan itu tetapi meminta laporan penilaian ke atas semua 60 kerusi DUN sebelum memberi kata putus.
Namun, Ketua Menteri Sabah tidak memberi sebarang respon berkaitan laporan itu. -Tamil Malar