GPMS sedia bantu peminjam PTPTN elak CCRIS

Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa, berkata peminjam yang berminat mendapatkan khidmat nasihat GPMS mengenai bayaran balik PTPTN boleh menghubungi ibu pejabat GPMS menerusi talian 03-40439948 atau maklum balas menerusi laman web GPMS (www.gpms.my).

Zambri berkata, GPMS menerima pelbagai reaksi daripada peminjam PTPTN berhubung tindakan PTPTN yang menyenaraihitamkan nama peminjam dalam rekod CCRIS.

“Ia adalah langkah terakhir PTPTN bagi memastikan peminjam membayar semula pinjaman secara teratur.

“GPMS berpendapat tindakan berkenaan wajar dilaksanakan ketika ini. GPMS memahami keperluan pihak PTPTN untuk melaksanakan tindakan tegas ke atas peminjam berikutan PTPTN memerlukan dana pusingan untuk pelajar baharu.

“Malah, berikutan masalah ini, PTPTN terpaksa mengurangkan jumlah pinjaman kepada pelajar baharu mulai 2014 antara lima hingga 15 peratus. Ini tidak adil kepada mereka yang terpaksa menanggung pengurangan berkenaan yang berpunca daripada sikap mementingkan diri peminjam lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zambri berkata, pihak PTPTN menyediakan pelbagai insentif bagi bayaran balik PTPTN kepada peminjam, termasuk menawarkan pakej ujrah, diskaun serta menyediakan pelbagai kaedah bayaran balik seperti potongan gaji, secara atas talian, malah membuka banyak kaunter PTPTN di kawasan tumpuan awam.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masih terdapat peminjam yang langsung tidak ada inisiatif untuk berbincang dengan pihak PTPTN bagi melangsaikan pinjaman.

“GPMS sudah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama pihak PTPTN dan difahamkan jumlah bayaran balik kini meningkat lebih RM200 juta sebulan sebaik tindakan untuk menyenarai hitam nama peminjam di CCRIS dilaksanakan.

“Pada masa sama, GPMS memohon pihak PTPTN agar lebih fleksibel dalam kaedah pembayaran dan mengambil kira pelbagai faktor seperti kedudukan ekonomi semasa serta kemampuan kewangan peminjam,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia