Good luck untuk jatuhkan PM, kata Annuar Musa

Kata Annuar, isu ini perlu difahami kerana apa yang sedang dilakukan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat itu berdasarkan perundangan di sana berhubung pemerolehan aset, pelaburan kemasukkan wang yang disyaki daripada sumber-sumber yang mempunyai kaitan dengan korupsi.

“Kita ucap good luck kepada pembangkang, mereka boleh terus mencuba dengan cara mereka. Kerajaan ada cara kerajaan, UMNO ada cara umno,” katanya dalam sidang media di Anggerik Mall, Shah Alam di sini.

Menurut Annuar, saman sivil yang dilakukan oleh Amerika Syarikat itu adalah untuk mengambil aset-aset yang disyaki itu di mana jika mereka menang dalam saman itu, aset-aset tersebut akan dipulangkan kepada 1MDB.

Malah kata ahli Parlimen Ketereh itu, tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu sebenarnya memberi kebaikkan kepada 1MDB untuk menutup semua polemik-polemik yang dikaitkan dengan syarikat milik Kementerian Kewangan itu selama ini.

“Jadi yang menjadi masalah kita disini bila ada perkara yang dihubungkan di Amerika kita cuba nak spin (pusing) ikut cara politik.

“Yang menjadi masalah ini perkara yang tak ada kena mengena orang cuba nak spin nak palitkan PM. Mereka berusaha juga padahal seperti kes kenyataan peguam negara Amerika Syarikat semalam itu cukup jelas mereka hanya melaksanakan apa yang terkandung dibawah bidang kuasa undang-undang yang sedia wujud di Amerika.

“Saya rasa PM dan 1MDB telah buat satu kenyataan yang cukup jelas bahawasanya 1MDB dan juga kerajaan menghormati penyiasatan mana-mana pihak yang mengikut saluran undang-undang dalam negara atau luar negara dan tidak berhasrat untuk melindungi sesiapa,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri