Goh Leong San dari DAP kini jadi ADUN bebas

Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri hari ini.

Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi menyokong Lim. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri