Gempar burung unta berkeliaran di Lebuhraya Persekutuan

Video dan foto kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan Twitter petang tadi.

“Macam mana boleh ada Ostrich (burung unta) di Federal Highway?!” kata seorang pelayar laman Twitter.

“Macam mana Ostrich boleh ada di Malaysia?!” kata seorang lagi pelayar.

Rata-rata pelayar Malaysia di Facebook dan Twitter keliru bagaimana burung tersebut berada di lokasi kejadian.

Larian burung unta dilaporkan mampu mencecah kelajuan 69 kilometer per jam dan dengan ketinggian 9.2 kaki.

Burung unta itu bagaimanapun dilaporkan berjaya ditangkap dalam keadaan selamat.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah