Gempa bumi landa Filipina

Menurut pejabat pertahanan awam, gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter itu menggegarkan selatan kepulauan Mindanao namun tiada sebarang laporan semasa mengenai kerosakan atau kecederaan.

Namun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi tersebut hanya berukuran 5.9 skala Richter.

Walaupun di sesetengah kawasan Mindanao tidak terjejas, tetapi mereka yang lebih dekat pusat gempa bumi kira-kira 850 kilometer di selatan Manila dikatakan mengalami gegaran kuat menyebabkan orang ramai melarikan diri ke luar rumah kerana takut rumah akan runtuh.

“Saya berada di dalam bilik ketika gegaran bermula, yang berlaku hampir satu minit. Saya berasa pening, jadi saya terus bergegas keluar,” kata penyampai radio tempatan, Richard Grande.- Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia