Gelarlah saya apa pun, kata Tun M

Katanya, gelaran atau nama yang diberikan kepadanya itu tidak dapat menjawab segala dakwaan yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Memanggil saya antique, puppet, gimmick dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya; tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya; tidak dapat mempertikai dakwaan DOJ yang wang ini datang dari 1MDB, tidak dapat mengembali berbillion Ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin oleh Najib, mengadakan Kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai Kleptokrasi iaitu Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak.

“Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab,” katanya memetik blog beliau chedet.cc yang dimuatnaik pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, kehadiran Mahathir ke Parlimen, Selasa lalu tidak ubah seperti ‘membawa kereta antik ke pertandingan litar Formula 1′.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman menyifatkan tindakan pembangkang menjemput Mahathir ke Parlimen tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula mendakwa Mahathir kini sudah menjadi boneka kepada DAP.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri