Gara-gara terlanggar bahu, pelajar didakwa dipukul rakan

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata kejadian 12.20 tengah hari itu berlaku semasa Muhammad Aiman Harun, 15, dalam perjalanan kembali ke kelasnya dari dewan sekolah itu.

“Semasa perjalanan ke kelasnya, mangsa mendakwa dia cuba mengelak daripada melanggar seorang tukang cuci sampah di koridor sekolah tetapi telah terlanggar bahu seorang pelajar lain.

“Sejurus itu, suspek yang juga pelajar Tingkatan Tiga menjadi berang dan bertindak menumbuk mangsa di pipi kirinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mangsa kemudian terjatuh dan cedera di kepalanya hingga terpaksa dijahit di klinik kesihatan Pelangai.

Mohamad Mansor berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan sengaja. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia