VIDEO: Gara-gara ‘sial’, Khalid Samad diserang di Dewan Rakyat

Namun dilaporkan Khalid berjaya diselamatkan oleh pengawal dengan membawanya masuk ke bangunan.

Salah seorang daripada penyokong yang hadir menjerit-jerit, mengeluarkan kata-kata kesat sambil mendakwa Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai barua DAP.

“Khalid barua DAP!” kata salah seorang penyokong tersebut.

Baru-baru ini, Khalid Samad menggelar Tajuddin sebagai ‘sial’ di dalam Dewan Rakyat selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok mempunyai nama dengan perkataan ‘Kok’.

Beliau berkata demikian kerana tidak selesa diganggu oleh Teresa ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Khalid dan berjaya diredakan Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan ‘Kok’ adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.

Tajuddin kemudian mengeluarkan surat peguam untuk menuntut permohonan maaf daripada Khalid untuk tempoh tujuh hari bermula Selasa yang lalu.

https://www.youtube.com/dashboard?o=U

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri