Ganjaran RM10 ribu beri maklumat pelaku cemar sungai

Beliau juga akan memberikan RM500 kepada individu pertama yang menyediakan gambar atau video sebagai bukti mengenai sesiapa sahaja yang mencemarkan sungai.

Dana ganjaran tersebut akan diperolehi daripada peruntukannya dan diberikan apabila maklumat yang diberikan itu disahkan pihak berkuasa berkaitan.

“Penutupan loji rawatan air menyebabkan kira-kira 430,000 isi rumah terjejas. Saya kecewa dengan gangguan bekalan air di Selangor yang berpunca daripada pencemaran sungai dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku tersebut,” katanya.

Loji rawatan air Sungai Langat dan Cheras masing-masing ditutup pada pukul 8.30 malam dan 10 malam pada Jumaat akibat pencemaran yang disyaki berpunca dari Sungai Semantan di Pahang.

Kedua-dua loji itu menerima bekalan air mentah dari sungai yang sama.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat turut akan mengalami gangguan bekalan air buat sementara waktu akibat penutupan loji tersebut.

Bekalan air akan dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. – The Star

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia