Beliau yang turut dikaitkan dengan penubuhan parti baru itu menafikan perkara tersebut dan menegaskan akan terus kekal sebagai seorang profesional.
“Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baru itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
“Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional,” kata Abdul Gani seperti dilapor Bernama.
Pada Sabtu, satu senarai AJK parti baru bakal ditubuhkan yang mengandungi nama dan jawatan pemimpin tersebar di media sosial.
Menurut senarai itu, parti baru yang diumumkan Tun Mahathir Khamis lalu yang belum pun ditubuhkan dinamakan sebagai Parti Melayu Baru Bersatu.
Bekas Menteri Perdagangan, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sepatutnya menganggotai jawatankuasa parti baharu itu.
Nama bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut muncul dalam senarai itu.