Gani Patail kini kembali di Mahkamah Tinggi

Beliau memulakan tugasnya itu bermula hari ini selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lalu.

“Apa lagi hendak dicakapkan, saya memulakan karier baharu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penerimaan masuk peguambela dan peguamcara yang dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara.

Pada majlis itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan sebagai pengajar memakaikan jubah kepada Abdul Gani selaku pelajarnya, menandakan beliau kini adalah peguambela dan peguamcara.

Terdahulu peguam pengusul yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, membacakan petisyen Abdul Gani.

Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

Pada Ogos lalu, anak lelaki Abdul Gani, Faezul Adzra Patail, menubuhkan sebuah firma guaman dengan nama Gani Patail Chambers.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia