Gangguan kali kedua LRT laluan Kelana Jaya

Gangguan perkhidmatan yang berlaku menyebabkan penumpang yang kebanyakannya dalam perjalanan ke tempat kerja terkandas dan terpaksa berjalan kaki di atas trek LRT memandangkan tren tidak berfungsi.

Menurut jurucakap RapidKL akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan punca gangguan yang berlaku terhadap perkhidmatan berkenaan.

Terdahulu, gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Dang Wangi, menyebabkan laluan antara beberapa stesen di pusat bandar raya dihentikan untuk memulihkan keadaan.

Untuk rekod, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen LRT di Kuala Lumpur pagi tadi berikutan gangguan elektrik, pada Rabu.

Ia menyebabkan kesesakan di beberapa stesen utama termasuk di Masjid Jamek.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia