Gangguan bekalan air berulang di empat daerah

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

“Kawasan utama dan persekitaran yang mengalami gangguan bekalan air sementara ini adalah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching bagi daerah Hulu Langat serta Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang di dalam daerah Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kawasan lain yang terjejas, katanya, adalah USJ 1- 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang bagi daerah Petaling serta Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab di daerah Sepang.

Tambah Amin Lin, penghantaran bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

Maklumat terkini dan terperinci kawasan-kawasan yang terlibat melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia