Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, lelaki berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian leher.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, mangsa yang pulang ke rumah dikatakan membuat bising sebelum berlaku satu pergaduhan dengan suspek yang ketika itu sedang makan.
“Mangsa menampar suspek berusia 39 tahun menyebabkan pinggan kaca yang digunakan pecah.
“Suspek kemudiannya membaling pinggan ke arah mangsa dan terkena lehernya menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak,” katanya.
Menurut Ahmad Termizi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memetik Kosmo Online.