Graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu merupakan antara penerima dalam sidang kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 yang disampaikan Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, dia gembira apabila usahanya selama ini akhirnya diraih dengan mengenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Saya bersyukur dengan apa yang dilalui hingga kini, perancangan seterusnya adalah memberi fokus terhadap perniagaan nasi lemak terlebih dahulu sebelum mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari,” katanya, memetik laporan Utusan Online.
Siti Hajjar yang menjadi viral dengan perniagaan yang diberi nama ‘nasi lemak anak dara’ ditemani ibunya, Asmah Senapi, 50, dalam majlis konvokesyen itu.