Fizo Omar bidas isu tudung Fareeda ‘ciplak’

Menurut beliau, rekaan terbaharu itu tidak menciplak rekaan tudung yang lain kerana mereka telah mendaftar rekaan tudung terbaharu tersebut namun mengakui persamaan dari segi corak material yang digunakan.

“Fareeda setiap keluaran, patern yang kita jahit ini, kita dah daftarkan lebih 100 lebih tudung bukan corak. Yang sama itu adalah corak which is corak kita boleh daftar sebab corak itu bukan hak milik kami.

“Tudung jenis jahitan cara sambungan itu yang kami daftar tetapi kami tak daftar corak pada kain tersebut yang jadi persamaan adalah corak kain which is corak kain ini bergantung kepada trend.” katanya ketika sidang media di Hotel Marriot Putrajaya tadi.

Menurut pelakon popular itu, mereka telah mengeluarkan corak yang sama pada tahun 2012 tetapi mengunakan rekaan yang lain yang juga telah didaftarkan dan mendakwa corak berkenaan telah menjadi trend pada ketika itu.

“Pihak fareeda pada tahun 2012 kami dah keluarkan corak yang sama tetapi design yang kami daftarkan berlainan dan mungkin pada tahun 2012 corak ini dah jadi satu trend dan saya percaya syarikat tudung lain mengambil kesempatan keatas tudung yang mempunyai corak yang sama.”katanya.

Katanya lagi, persaman corak dalam rekaan yang berlaku pada ketika ini adalah disebabkan oleh syarikat mereka masih tidak mempunyai kilang sendiri bagi memproses dan membuat corak kain sendiri.

Justeru mereka terpaksa mengimport material kain dari luar negara yang mempunyai patern corak yang sama dengan syarikat pengeluar tudung yang lain.

Terdahulu, Laman Facebook menjadi viral apabila wujud gambar rekaan tudung Fareeda yang didakwa ‘menciplak’ daripada rekaan tudung lain.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah