Rakan pengasasnya, Ramon Fonseca berkata firma itu, Mossack Fonseca, yang mempunyai kepakaran dalam penubuhan syarikat luar pesisir, tidak melanggar sebarang undang-undang dan semua operasinya adalah sah, ataupun pernah memusnahkan sebarang dokumen atau pernah membantu sesiapa mengelak cukai atau pengubahan wang, katanya dalam temu bual dengan Reuters.
Emel syarikat itu, di mana sedutannya telah diterbitkan dalam satu penyiasatan oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) dan organisasi media lain, telah “diambil di luar konteks” dan disalah tafsir, katanya.
“Kami menolak ia perbuatan orang dalam. Ini bukan satu kebocoran. Ini adalah satu penggodaman,” kata Fonseca , 63, berkata di ibu pejabat syarikat itu di kawasan perniagaan Panama City.
“Kami mempunyai teori dan kami sedang menelitinya ,” katanya tanpa mengulas lanjut.
“Kami telah membuat aduan kepada pejabat peguam negara , dan satu institusi kerajaan sedang mengkaji isu ini,” katanya yang turut ditemani oleh dua orang penasihat akhbar.
Kerajaan di seluruh dunia telah mula menyiasat kemungkinan berlaku salah laku kewangan oleh golongan yang kaya dan berkuasa selepas kebocoran lebih 11.5 juta dokumen, yang digelar sebagai “Panama Papers” dari firma guaman tersebut yang merangkumi tempoh empat dekad. – Reuters