FDAM umum tidak lagi bersama FFM

Setiausaha Kehormat, Datuk Abdul Rahim Awang dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pendirian itu dibuat bermula perlembagaan dilanggar dan dihina kerana mengiktiraf karya bukan bahasa kebangsaan untuk anugerah tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, FDAM tetap dengan pendirian bahawa bahasa kebangsaan tidak boleh dipisahkan dengan seni dan budaya.

Katanya, sebarang usaha membenar, mengiktiraf atau mengangkat karya bukan berbahasa kebangsaan untuk anugerah utama kebangsaan adalah tindakan menghina dan meremehkan perlembagaan negara, dan tidak menghormati rukun negara.

Justeru, demi menghormati kedaulatan perlembagaan dan prinsip rukun negara, FDAM tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan kedua-duanya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran