Kejayaan Farah Ann tersebut disahkan sendiri olehnya melalui kemas kini status laman sosial Twitter dan Instagramnya hari ini.
Menurut Farah Ann, dia merasa amat gembira dan berterima kasih kepada jurulatihnya di atas kejayaannya meraih pingat perak tersebut.
“Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya. Saya di sini hari ini adalah kerana beliau dan saya telah mencapai kejayaan ini kerana dia membantu saya menjadi gimnas,” tulisnya di laman Instagram. – Sinar Harian