Fara Fauzana nikah usahawan 17 September depan

Majlis akan berlangsung di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengahari di hari dan tempat yang sama.

Fara atau nama lengkapnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 36, ketika ditemui media pada Isnin berkongsi berita gembira tersebut.

“Majlis akad nikah antara saya dan bakal suami akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat. Begitu juga dengan majlis resepsi berkenaan juga akan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan.

“Dia (bakal suami) bujang dan berusia sekitar 30-an. Dia berasal dari Perak dan menetap di Shah Alam,” ujarnya ketika pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya. – Kosmo! Online

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran