FAM elak debat terbuka

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bersetuju berbahas secara terbuka dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, berhubung prestasi buruk skuad kebangsaan ketika ini.

“Secara peribadi, saya tidak pandai berdebat…saya rasa pandangan TMJ disalah tafsir. Beliau inginkan satu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan.

“FAM daripada dulu lagi terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak.

“Tetapi, saya tidak bersetuju mengadakan debat secara terbuka di televisyen, kerana perbincangan ini perlu mengikut mekanisme betul untuk mencapai kejayaan,” katanya pada sidang media bulanan FAM, di Wisma FAM, hari ini.

Sidang media bulanan FAM itu kali pertama diadakan dan menjadi saluran bagi menerangkan program latihan serta perlawanan yang diatur untuk skuad kebangsaan.

Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, dilaporkan mahu berdebat dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil FAM bagi mencari punca serta penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Pada masa sama, beliau mahu perdebatan itu melibatkan penyokong yang dibenarkan menyuarakan pendapat masing-masing serta menanyakan soalan dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen berbayar, Astro.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2