Faktor kesihatan punca ramai penjawat awam bersara awal

Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi bidang perniagaan, mendapat tawaran pekerjaan lain, tidak mampu menampung bebanan tugas yang ada dan ingin memberi fokus kepada keluarga.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai bilangan dan punca penjawat awam memilih untuk bersara awal bagi tempoh 10 tahun serta implikasi kelancaran kepada mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bilangan permohonan bersara awal yang tinggi itu tidak memberi implikasi kepada kelancaran dan mutu perkhidmatan awam di negara ini.

“Ini kerana jawatan yang ditinggalkan oleh pesara akan diisi dengan kenaikan pangkat pegawai sedia ada atau melalui pelantikan baharu,” katanya pada Persidangan Dewan Negara pada Khamis.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 1,464,702 jawatan dalam perkhidmatan awam dan daripada jumlah itu hanya 1,264,842 telah diisi, sehingga Oktober lalu. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia