Naib Presiden Asia Pasifik Facebook, Dan Neary mengumumkan pembukaan tersebut semalam di laman Facebooknya.
“Saya teruja untuk berkongsi bahawa Facebook baru sahaja membuka sebuah pejabat di Malaysia.
“Misi kami adalah untuk memberikan pengguna kuasa berkongsi dan menjadikan dunia lebih terbuka dan berhubung,” katanya.
Menurut Dan, syarikat itu turut mengambil kira 18 juta rakyat Malaysia sebagai pengguna aktif yang membentuk 81 peratus daripada asas Internet di negara ini.
“Malaysia adalah antara pemimpin dalam penggunaan digital dan inovasi di seluruh Asia Tenggara.
“Rakyat Malaysia mengetuai perubahan di rantau ini dan transformasi digital telah memberi kesan positif kedua-dua rakyat dan perniagaan,” ujarnya.
Seperti pejabat-pejabat lain Facebook yang telah ditubuhkan di Asia Tenggara, pejabat Malaysia turut akan memberi tumpuan kepada mendekati perniagaan di negara ini.