Ezam nafi kembali sertai PKR

Tegas Ezam, beliau kini berada di Indonesia untuk memberi tumpuan kepada Hisbah Centre for Reform dan tiada rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik di Malaysia.

“Saya sekarang tumpu kepada pembinaan Hisbah Centre for Reform di Indonesia. Baharu terbitkan kitab arab klasik hisbah yang pertama semalam di Indonesia sempena satu Rejab.

“Sejak tinggalkan Kementerian Kewangan dan tamatkan kontrak lebih awal tumpuan saya hanya pada Hisbah Centre khususnya terjemahan kitab Arab klasik mengenai hisbah dan rasuah ke bahasa nusantara.

“Saya tidak terbabit dan tiada rencana untuk mana-mana parti politik di malaysia,” katanya seperti dilapor Watan-Online.

Bekas Ketua Angkata Muda Keadilan itu menyifatkan dakwaan sebuah portal itu sebagai khabar angin dan berniat jahat.

Ezam dilaporkan telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Wan Azizah untuk membantu mengukuhkan sokongan politik Ketua Pembangkang yang semakin merosot.

Ezam diberi peranan dan tanggungjawab untuk mewujudkan ‘check dan balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Bagaimanapun pada 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula UMNO pada tahun 2008.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri