Eram telur ayam tanpa cengkerang

Video berkenaan perkara itu mula tersebar di laman-laman media sosial.

Pada awalnya video itu kelihatan seperti sebuah rancangan masakan apabila pelajar berkenaan memecahkan telur ayam.

Namun, anggapan itu ternyata meleset apabila telur berkenaan kemudiannya disimpan di dalam bekas plastik jernih dan ditutup dengan plastik pembungkusan makanan sebelum dieramkan di dalam inkubator untuk menetaskan seekor anak ayam tanpa cengkerang.

Malah, proses pembentukan anak ayam tanpa cengkerang itu juga dirakamkan setiap masa bermula minggu pertama eraman sehinggalah tempoh 21 hari yang menyaksikan anak ayam sempurna mula kelihatan dalam inkubator.

Bezanya, anak ayam itu tidak keluar daripada cengkerang telur, sebaliknya bekas platik jernih!

Â

https://www.youtube.com/watch?v=am3iGHDnJHc

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah