Enam maut, lima cedera kemalangan di Kota Belud

Kejadian malang yang berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi itu membabitkan kenderaan Proton Saga, Proton Gen 2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Affendy K Ramin berkata, seramai 11 mangsa terlibat dalam kemalangan itu.

“Lima mangsa mengalami kecederaan parah manakala enam lagi dilaporkan meninggal dunia dan disahkan oleh pihak hospital,” katanya, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia