Enam kanak-kanak sah positif Rotavirus

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr M. Sukumar berkata kesemua kanak-kanak yang dilaporkan positif virus tersebut adalah di antara umur satu hingga lapan tahun.

“Tiga kes telah dilaporkan di Hospital Bukit Mertajam, dua kes di Hospital Balik Pulau dan satu kes di Hospital swasta dari tarikh 27 hingga 30 Sept,” katanya ketika dihubungi di Georgetown pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua mangsa dimasukkan ke hospital selepas mempunyai simptom seperti muntah-muntah dan cirit-birit.

Namun, Sukumar yang sedang berada di luar negeri berkata kesemua mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat oleh doktor.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia