Enam jawatankuasa siasat teguran dikemukakan laporan audit

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa, berkata siasatan itu membabitkan empat kementerian iaitu, Kementerian Dalam Negeri(KDN), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKBPKT) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau berkata, siasatan itu dilakukan bagi mendapat keterangan yang relevan daripada aspek kesaksian dan keterbabitan pegawai dalam kes yang dilaporkan.

“Sekiranya wujud asas kukuh ada pegawai didapati melakukan salah laku atau kecuaian, maka tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media susulan laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 1.

Katanya, terdapat 751 teguran membabitkan 708 korektif dan 43 punitif dalam LKAN Tahun 2015 Siri 1.

Teguran korektif membabitkan penambahbaikan sistem dan prosedur manakala teguran punitif adalah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas.

“Sebanyak 43 teguran punitif membabitkan empat kementerian, dua Badan Berkanun Persekutuan, tujuh kerajaan negeri dan dua syarikat persekutuan.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dan salah laku dan akan memastikan tindakan tegas diambil,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia